tidak ada "gear R" pada sebuah basikal
apa yang perlu, jika terlajak kena patah balik, pusing balik
takleh undur

manusia ada "gear" lebih pada basikal
nak undur boleh, pusing boleh, patah balik lagilah
syok, best sangat, mudah, nikmat bukan?

"maka, nikmat TUHAN manakah yang kamu dustakan?"ar-Rahman

-F-


20130122

aku rasa.....

sejak dua tiga tahun nie aku merasakan diri aku sangat muda. alah baru dua puluh dua tahun laa katakan. but when my age turn out into dua puluh tiga tahun, the feeling that i achieved now adalah aku sudah merasakan diri aku semakin tua-tua-dan tua.

dan bila aku sudah berumur dua puluh tiga tahun aku mula memikirkan apa yang dah aku capai selama nie.ya maksud aku, apa dah aku bagi dekat mak ayah aku. apa yang dah aku bagi dekat adik beradik aku, kawan kawan aku dan orang sekeliling.yang paling penting apa dah aku 'bagi' balik dekat DIA yang satu.

apa yang aku tahu, aku masih belum begitu  'pemurah' untuk 'memberi' balik setiap apa yang aku dapat untuk dua puluh tiga tahun ini. ALLAH itu MAHA BESAR, MAHA MENGETAHUI, dan MAHA MENGASIHI, aku akan terus berdoa agar aku akan semakin lebih dan lebih lagi menjadi terus 'pemurah' untuk lebih lebih 'memberi'.

pengajaran yang aku dapat dalam tempoh ini, salah satunya tentang doa. aku nak ingatkan diri aku dan ko belog, agar setiap kali doa, mintak tolong jangan 'penting'kan diri sendiri ja dalam doa tue. tolong 'memberi' kepada ibu bapa, adik beradik, kaum keluarga dan juga kawan-kawan. 

aku pernah dengar bahawa apabila kita berdoa untuk orang lain, maka InshALLAH , malaikat juga akan turut mendoakan kita. so mudah mudahan aku mampu 'memberi' dalam doa setiap lepas lima kali aku 'bertukang' membina 'tiang'.

sebut pasal 'bertukang' membina 'tiang', aku sekali lagi nak ingat kan diri aku agar peka dengan setiap 'bahan' yang aku gunakan untuk membina 'tiang' tersebut. tolong cuba analisis kembali 'bahan-bahan' yang aku pakai time membina 'tiang'. tengok balik maksud al-fatihah, cuba fahami kembali maksud disebalik doa qunut, doa iftitah. dan try hayati kembali 'seni-seni' membina 'tiang'. apa itu rukuk, apa itu sujud.apa itu tahiyat.

aku selalu impikan sebuah 'tiang' yang utuh. yang tak goyang/goyah ditiup angin yang kuat apatah lagi angin yang sepoi-sepoi bahasa. sebab pada aku 'tiang' itu 'senjata'.

moga tahun-tahun yang mendatang aku mampu menjadi 'lebih pemurah' dalam 'memberi' dan aku mampu membina 'tiang' yang utuh. kukuh. 

banyak lagi yang aku rasa. namun biarkan dulu aku terus merasa, hingga sampainya waktu aku meluahkan. :)